Google Akan Mengharamkan Pengiklanan Berkaitan Kriptowang Pada Platform Mereka

Google Akan Mengharamkan Pengiklanan Berkaitan Kriptowang Pada Platform Mereka

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Facebook sebelum ini telah menghalang pengiklanan berkaitan kriptowang pada platform mereka, dan kini Google turut akan melakukan perkara sama.

Melalui kemaskini polisi baru yang diumumkan hari ini, Google akan menghalang iklan berkaitan kriptowang pada platform mereka bermula Jun 2018 kelak.

Halangan ini turut akan melibatkan iklan berkaitan laman pertukaran kriptowang, ICO, dompet kriptowang, dan pelbagai kandungan lain berkaitan dengan kriptowang.

Dengan kedua-dua gergasi pengiklanan digital mengumumkan halangan terhadap iklan berkaitan kriptowang ini, kita mungkin akan turut melihat beberapa pihak lain mengikut jejak dalam waktu terdekat ini.


TIPS & ULASAN