Carian
Kerajaan Mengkaji Penggunaan Buku Teks Digital Sepenuhnya Di Sekolah
March 14, 2018 Aman

Dengan perkembangan era teknologi, ia memberikan kesan positif kepada pelbagai pihak, termasuk dalam arena pendidikan. Menjawab persoalan mengenai sasaran menggunakan buku digital sepenuhnya disekolah, Timbalan Menteri Pendidikan hari ini mengatakan kerajaan masih dalam peringkat kajian untuk penggunaan buku digital dalam pendidikan.

Ia dikatakan yang mana proses mengubah buku sedia ada kepada buku digital bukan sesuatu yang sukar, tetapi apa yang lebih sukar adalah kaedah implementasinya.

Apa yang sukar dan masih dalam peringkat kajian adalah kaedah perlaksanaannya – terutamanya berkenaan siapakah yang akan menyediakan peranti untuk mengaksesnya (tablet atau komputer) – sama ada disediakan oleh pihak kerajaan, atau para pelajar membawa peranti mereka tersendiri.

Disamping itu, kos perlaksanaan untuk penggunaan buku teks digital turut perlu diambil-kira sebelum melaksanakannya secara meluas.

Buat masa ini, terdapat beberapa ujian dan kajian sedang dilaksanakan, dan laporan hasil berkaitan dengannya dijangka dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan pada masa akan datang.

Komen