Nectome Ingin Mengarkib Minda Anda Untuk Disimulasi Pada Masa Akan Datang

Nectome Ingin Mengarkib Minda Anda Untuk Disimulasi Pada Masa Akan Datang

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Perkembangan arena teknologi dan sains turut membuatkan pelbagai kajian berkaitan minda dilakukan. Terkini, salah satu syarikat baru hadir, dan menyasarkan untuk ingin mengarkib minda anda.

Nectome masih merupakan sebuah syarikat baru, tetapi ia telah mula menerima sokongan daripada pelbagai pihak dan tokoh-tokoh teknologi.

Melalui Nectome, ia ingin mengarkib minda anda, supaya kelak pada masa akan datang ia boleh disimulasikan dan diakses menggunakan komputer.

Walaubagaimanapun, apa yang paling mencabar dalam proses mengarkib minda anda oleh Nectome ini adalah dimana pengguna yang melalui proses mengarkib minda ini akan mati. Disebabkan itu, Nectome merancang untuk menggunakan teknologi mereka ini untuk mereka yang mempunyai penyakit membawa maut.

Dengan perkembangan teknologi juga, ia dijangka yang mana kelak pada abad akan datang, melalui minda yang diarkib ini, “kesedaran” dan minda seseorang boleh disimulasikan semula – sekaligus akan membolehkan “seseorang” seumpama anda hadir semula dan “hidup” melalui komputer.

Seperti biasa, tidak semua yang meminati idea ini yang boleh dikatakan agak ekstrim. Tetapi, dengan perkembangan teknologi dan arena sains, pelbagai kajian berkaitan minda dan kesihatan sedang dilakukan oleh beberapa syarikat di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN