Mac 14 sering dipanggil sebagai Pi Day, kerana gabungan tarikhnya yang membawa kepada angka 3.14. Kini, selari dengannya, pihak Raspberry Pi telah memperkenalkan model kemaskini baru dinamakan sebagai Raspberry Pi 3 Model B+.
Bagi yang tidak mengenali akan Raspberry Pi, ia merupakan komputer mini bersaiz sebesar sebuah kad kredit, dan digunakan dalam pelbagai peranti berhubung, rumah pintar, dan sebagainya. Sejumlah sistem operasi dan perisian yang disokong untuk Raspberry Pi.
Raspberry Pi 3 Model B+ membawakan saiz yang lebih kurang sama seperti Raspberry Pi Model B sebelum ini, tetapi dengan kuasa pemprosesan lebih pantas.
Ia kini dilengkapi cip empat-teras 1.4Ghz, sokongan WiFI 5Ghz, Bluetooth 4.2, dan ciri PoE (Power-Over-Ethernet). Dengan pelbagai ciri baru ini, ia sekaligus memudahkan anda menghubungkan Raspberry Pi 3 Model B+ ini dengan peranti pintar yang lain.
Buat masa ini, ia telah mula ditawarkan melalui laman Raspberry Pi, dan kita mungkin akan melihat penjual tempatan turut menawarkannya dalam masa terdekat.