Carian
Broadcom Membatalkan Niat Untuk Mengambil-Alih Qualcomm
March 14, 2018 Aman

Broadcom hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka menarik diri dan membatalkan tawaran pengambil-alihan Qualcomm sebelum ini.

Sebelum ini, Broadcom telah hadir dengan beberapa tawaran bidaan untuk mengambil-alih Qualcomm dalam usaha menambah portfolio mereka dan mengukuhkan kedudukan Broadcom dalam arena semikonduktor.

Walaubagaimanapun, pada minggu ini, kerajaan Amerika Syarikat masuk campur, dan menghalang hasrat pengambil-alihan Qualcomm oleh firma luar negara.

Dengan halangan daripada pihak kerajaan sendiri, ia mungkin sedikit sukar untuk mengambil-alih Qualcomm, dan kini Broadcom membatalkan hasrat mereka sepenuhnya.

Komen