Spesifikasi Oppo R15 Dan R15 “Dream Edition” Tertiris
Effi Saharudin
Oppo R15 dan R15 “Dream Edition” ialah dua lagi peranti yang dilengkapi skrin bertakuk dengan nisbah 19:9. Ini sahajalah beberapa spesifikasi yang diketahui sehinggalah hari ini. Spesifikasi penuh telah tertiris dan persoalan berkenaan perbezaan kedua-dua model ini akhirnya terjawab.
Oppo R15 “Dream Edition” ialah peranti dengan skrin 6.28″ AMOLED FHD+ bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 16+20 Megapixel f/1.7+f/1.7, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3400 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5.
Oppo R15 pula ialah peranti dengan skrin 6.28″ AMOLED FHD+ bertakuk, dijana pemproses MediaTek Helio P60, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 16+5 Megapixel f/1.7+f/2.2, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3450 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5.
Kedua-dua turut menyokong sistem pengecasan pantas VOOC. Tiga warna ditawarkan untuk R15 manakala hanya dua warna untuk R15 “Dream Edition”.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.