Cari @ Amanz

Google Maps mempunyai data pemetaan awam yang terbaik. Walau bagaimanapun, data ini tidak boleh digunakan untuk membangunkan permua dunia nyata yang menggunakan data lokasi dan pemetaan masa nyata. Google kini melancarkan API Google Maps mereka untuk para pembangun mempunyai akses kepada data pemetaan Google untuk pembangunan permua dunia nyata.

Menurut Google, mereka telah pun bekerjasama dengan Unity untuk memberi kehebatan Google Maps pada enjin permainan. Google telah mengubah bangunan-bangunan, jalan raya dan taman-taman yang  terdapat dalam Maps kepada format GameObjects. Pembangun boleh terus menggunakan data-data ini dan hanya mengubah rekaan, tema, tekstur dan macam-macam lagi mengikut keperluan mereka. Ini akan mempercepatkan proses menghasilkan permua dengan elemen dunia nyata.

API ini memberi pembangun 100 Juta model 3D jalan raya, bangunan-bangunan dan juga mercu tanda dari lebih 200 negara. API ini juga membenarkan pembangun membangunkan permua realiti gabungan yang lebih menarik.

Google turut bekerjasama dengan 3 pembangun permua untuk menggunakan API ini iaitu permua Jurassic World Alive, The Walking Dead: Our World, dan Ghostbusters World. Jika anda berminat untuk mencuba permua dengan API pemetaan baru ini anda boleh nantikan  tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd