Carian
Xiaomi Redmi 5 3GB RAM 32GB Kini Berharga RM599
March 15, 2018 Ikhwan Nazri

Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan Redmi 5 pada bulan lepas dengan beberapa variasi pilihan. Agak mengejutkan apabila tidak sampai sebulan selepas pengumumannya, versi 3GB RAM dengan storan 32GB kini telah pun dikurangkan harganya kepada RM599.

Bermula hari ini, Xiaomi Redmi 5 3GB dengan storan 32GB akan ditawarkan pada harga RM 599 berbanding harga asalnya RM 679. Ia merupakan peranti dengan paparan skrin 5.7-inci dengan nisbah 18:9, cip pemprosesan Snapdragon 450, kamera belakang 12 MP, kamera hadapan 5 MP dan bateri berkapasiti 3,300 mAh.

Dengan kemaskini harga ini juga, versi Redmi 5 dengan spesifikasi yang lebih rendah iaitu 2GB RAM dengan 16GB tidak lagi disenaraikan di kedai rasmi Xiaomi di Lazada.

Komen