Google Lens Kini Membenarkan Pengguna Membuat Pemilihan Teks

Google Lens Kini Membenarkan Pengguna Membuat Pemilihan Teks

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Google Lens ialah fungsi carian Google menggunakan kamera melalui Google Assistant ataupun Google Photos. Pada awalnya, fungsi ini adalah eksklusif untuk peranti Google siri Pixel sahaja tetapi akhirnya diberikan kepada kesemua peranti Android  dua minggu lalu. Baru-baru ini, Google Lens dilihat boleh memilih teks untuk membuat carian.

Sebelum ini, cara penggunaan Google Lens ialah dengan menyentuh pada skrin dan Google Lens akan mengesan sebarang teks dan terus memberi keputusan carian. Kemaskini terkini membenarkan pengguna sentuh skrin dan memilih perkataan yang spesifik yang ingin dicari atau di terjemah.

Cara penggunaan fungsi ini ialah dengan Melancarkan Google Assistant > Sentuh skrin dua kali > Pilih teks yang ingin dicari. Pengguna juga boleh Melancarkan Google Photos > Pilih gambar yang mengandungi teks > pilih teks yang ingin dicari.


TIPS & ULASAN