(Konsep) Ini Ialah Rupa Samsung Galaxy S9 Sekiranya Ia Berskrin Takuk

(Konsep) Ini Ialah Rupa Samsung Galaxy S9 Sekiranya Ia Berskrin Takuk

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Pandang ke kiri dan pandang ke kanan anda. Dalam masa beberapa minggu lagi penggunaan skrin bertakuk akan menjadi arus perdana dengan pelancaran Oppo F7, Oppo R15 dan Asus Zenfone 5. Rekaan yang dahulunya eksklusif pada iPhone X kini menjadi ikutan pengeluar Android.

Samsung masih teguh dengan pengguna skrin Infinity Display mereka yang tidak bertakuk pada Galaxy S9 dan S9+. Tetapi pasti ada yang  terfikir bagaimanakah rupa peranti utama ini sekiranya Samsung turut mengikut gaya Apple?

Martin Hajek seorang pereka grafik telah menghasilkan imej-imej pengolokan Galaxy S9 dengan skrin bertakuk. Apakah pendapat anda? Adakah rekaan ini lebih baik dari rekaan peranti sebenar?


TIPS & ULASAN