Twitter Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Ciri Seumpama Snapchat Discover

Twitter Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Ciri Seumpama Snapchat Discover

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Twitter sebelum ini telah dilaporkan sedang membangunkan ciri perkongsian gambar dan video seumpama Snapchat. Kini, beberapa informasi lanjutan berkenaan ciri berkenaan turut hadir melalui CNBC.

Melalui ciri yang memfokuskan kepada perkongsian menggunakan kamera ini, ia bakal turut mengintegrasikan bersama sokongan berasaskan geolokasi melaluinya untuk memudahkan pengguna lain mengetahui apakah yang sedang berlaku disekitar mereka – lebih kurang seumpama Snapchat Discover.

Twitter dikatakan akan mengabungkan perkongsian gambar, dan video bersama Twitter Moments, dan memaparkannya berasaskan kepada lokasi. Twitter juga akan membuka sokongan pengiklanan untuk menjana wang melaluinya.

Memandangkan ramai yang menggunakan Twitter untuk perkongsian masa-nyata, maka dengan ciri baru ini ia akan menjadikan platform sosial berkenaan lebih interaktif dan menarik pengguna dan pengiklan ke platform berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi nama akhir untuk ciri ini, dan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya.


TIPS & ULASAN