Cari @ Amanz

Grab hari ini mengumumkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu (KTMB), sekaligus membolehkan para pengguna untuk menerima diskaun untuk perjalanan ketika musim perayaan.

Grab KTMB

Melalui kerjasama ini, pengguna KTMB akan menerima diskaun khusus ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Hari Natal.

Dengan kerjasama ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakan Grab dari rumah ke stesyen KTMB, seterusnya menaiki KTMB ke destinasi, dan menggunakan Grab kembali untuk pulang ke kampung. Ia sekaligus menjadikan mod pengangkutan anda lebih efisyen tanpa perlu meninggalkan kenderaan di stesyen dan parkir awam untuk tempoh masa lama.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai diskaun yang ditawarkan dan sebagainya menjelang sesuatu musim perayaan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd