Microsoft Mula Menawarkan Rekaan Baru Outlook.com Untuk Semua

Microsoft Mula Menawarkan Rekaan Baru Outlook.com Untuk Semua

Diterbitkan pada Mac 15, 2018 oleh .

Microsoft sebelum ini telah menguji paparan antaramuka dan rekabentuk Outlook.com yang baru sejak daripada tahun lepas dibawah label Beta. Akhirnya, selepas melalui pelbagai fasa ujian, Microsoft kini telah mulakan proses pengenalan antaramuka baru ini kepada semua pengguna Outlook.com seluruh dunia.

Microsoft Outlook

Outlook.com merupakan laman sehenti Microsoft untuk tujuan emel, selain turut dihubungkan bersama ciri buku alamat dan juga kalendar. Outlook.com yang baru ini juga menyertakan sokongan integrasi Skype yang lebih baik, sekaligus memudahkan anda membuat panggilan terus melalui klien emel anda.

Kemaskini antaramuka baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia bermula hari ini, dan ia mungkin akan mengambil masa beberapa minggu sebelum anda menerimanya.


TIPS & ULASAN