Cari @ Amanz

Celcom kini dilihat telah menambah satu lagi penawaran jalur-lebar untuk pengguna rumah, iaitu Celcom Home Wireless. Melalui penawaran jalur-lebar mudah-alih ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakan akses internet pantas, terutamanya dikawasan rumah tanpa akses jalur-lebar berkelajuan tinggi.

Celcom Home Wireless

Melalui Celcom Home Wireless, sebanyak tiga pakej ditawarkan, dimana masing-masing hadir dengan tawaran Video Walla dan juga Music Walla.

Pakej paling asas hadir dengan data 40GB pada harga langganan RM74.20 dimana ia dibahagikan kepada 25GB untuk data dan bakinya untuk Video Walla dan Music Walla. Dengan konsep sama juga adalah Wireless Gold Plus dengan 100GB pada harga RM106 (50GB + Video/Music Walla) dan Home Wireless Premium pada harga RM159 untuk 1TB (150GB + Video/Music Walla).

Celcom Home Wireless

Pakej ini turut hadir dengan kontrak selama 24 bulan. Pelanggan boleh mendaftarnya hari ini, dan akan diberikan dengan kit Celcom Home Wireless yang anda boleh pasang sendiri dirumah.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran baru ini di laman Celcom hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd