Gambar HTC U12+ Tertiris – Hadir Dengan Dwi-Kamera Belakang
HTC

Gambar HTC U12+ Tertiris – Hadir Dengan Dwi-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Dengan pengenalan peranti daripada beberapa pengeluar, semestinya terdapat pengguna yang turut menantikan telefon pintar baru daripada HTC.

Tahun ini, HTC dijangka memperkenalkan HTC U12+, dan seperti biasa, kini gambar awal untuk peranti berkenaan hadir tertiris melalui @evleaks.

HTC U12+

HTC U12+ ini dijangka hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan WQHD+, dijana menggunakan cip Snapdragon 845, memori 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut dijangka hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 12MP.

HTC turut dijangka menyertakan bateri 3420mAh bersama-sama dengannya, selain ciri HTC Edge Sense yang membolehkan anda mengawal beberapa perkara dengan memicit bingkai telefon berkenaan.

HTC dijangka hadir dengan HTC U12+ ini secara rasminya pada April atau Mei kelak.


TIPS & ULASAN