Cari @ Amanz

Peminat peranti Huawei pastinya amat menantikan pelancaran Huawei P20 yang dilengkapi tri-kamera utama. Tetapi sebelum itu bagi mereka yang memiliki Huawei P10, sedikit berita gembira untuk menceriakan hari anda pagi ini. Huawei P10 dan P10 Plus sudah mula menerima kemaskini Oreo bermula hari ini.

Buat masa ini kemaskini dilaporkan sudah diterima pengguna di Filipina. Ini bermakna pengguna kedua-dua peranti ini di Malaysia bakal menerima kemaskini dalam masa terdekat. Kemaskini Android Oreo ini juga hadir dengan kemaskini pelancar EMUI 8.0 yang digunakan pada Mate 10, View 10 dan Huawei Nova 2 Lite.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd