Beberapa hari yang lalu kerajaan Perancis mengumumkan mereka akan menyaman Apple dan Google kerana amalan perniagaan yang dikatakan menyeksa pembangun aplikasi dari negara mereka. Ini adalah kerana terma dan syarat meletakkan aplikasi di App Store dn Play Store tidak boleh dirunding oleh pembangun.
Apple telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini dan menyangkal dakwaan kerajaan Perancis. Apple menegaskan mereka mempunyai hubungan yang erat dengan puluhan ribu pembangun dari Perancis. Pembangun Perancis juga telah menjana jualan melebihi €1 bilion menerusi App Store. Pihak Apple juga bersedia berkongsi maklumat dengan mahkamah Perancis bagi menerangkan segala salah faham berkenaan isu ini.