Carian
Google Maps Kini Memaparkan Laluan Untuk Pengguna Kerusi Roda
March 16, 2018 Fahim Zahar

Google Maps adalah antara perkhidmatan pemetaan yang terbaik. Ia memudahkan ramai orang untuk mencari arah dan juga bantuan navigasi untuk ke destinasi pilihan. Sebelum ini, Google Maps hanya menyokong laluan seperti melalui kereta, kenderaan awam, pejalan kaki dan juga perkhidmatan perkongsian kereta. Hari ini Google mula menyokong laluan untuk pengguna berkerusi roda pula.

Melalui fungsi baru ini, pengguna boleh mencari laluan pengangkutan awam yang mesra kerusi roda. Ini turut membantu mereka yang membawa bayi menggunakan kereta sorong atau yang tidak mampu menaiki tangga kerana kecederaan.  Namun begitu, buat masa ini ia hanya menyokong pada enam bandar terpilih sahaja iaitu London, New York, Tokyo, Mexico City, Boston, dan Sydney. Google mengatakan mereka akan berusaha dengan lebih banyak agensi-agensi pengangkutan awam untuk terus menambah ciri ini pada bandar-bandar lain.

Komen