Cari @ Amanz

Kebiasaannya peranti dengan sokongan kalis air terdapat pada peranti kelas utama. Namun begitu, berbeza dengan Moto X4 walaupun ia berada pada kelas pertengahan dengan cip pemprosesan Snapdragon 630 ia mempunyai sokongan kalis air IP68. Selain itu, ia juga mempunyai dua lensa dan panel belakang yang diperbuat daripada kaca.

Moto X4

Terdapat 2 versi Moto X4 iaitu versi Android One dan versi Android asli dengan sedikit perubahan oleh Moto. Moto X4 Android One hanya untuk pasaran luar dan untuk pasaran Malaysia ia dijalankan dengan Android asli dengan sedikit antaramuka oleh Moto. Versi Android One baru sahaja menerima kemaskini Android Oreo 8.1 dengan tampalan sekuriti bulan Mac.

Kemaskini Android Oreo 8.1 ini tidak membawa sebarang perubahan yang ketara selain daripada kemaskini sekuriti. Untuk Moto X4 pasaran Malaysia pula, kemaskini Android Oreo 8.1 akan hadir pada bulan April.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd