Butiran Mengenai Siri CPU Intel Coffee Lake-S Tertiris Melalui ASUS Dan Amazon

Butiran Mengenai Siri CPU Intel Coffee Lake-S Tertiris Melalui ASUS Dan Amazon

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Nampaknya Intel bakal hadir dengan sebuah siri CPU baru, yang merupakan satu penambahbaikan kepada siri CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake yang dinamakan Intel Coffee Lake S.

Menurut laporan dari VideoCardz, Amazon sudahpun menyenaraikan kebanyakan daripada prosesor-prosesor ini di laman jualan atas-talian mereka, manakala butiran-butiran khusus mengenai CPU-CPU ini hadir pada laman web ASUS.

Menurut butiran yang diberikan, CPU-CPU ini hadir dengan TDP 35W hingga 95W, dan kesemua model yang disenaraikan hadir dengan jumlah teras tertinggi pada 6 teras dan 12 bebenang kuasa. Buat masa ini, CPU 8 teras dan 16 bebenang masih belum ditunjukkan, dan tidak pasti lagi bilakah ia akan hadir di pasaran. Kesemua CPU-CPU Coffee Lake-S ini hadir dengan tanda nama T di belakang nombor model CPU mereka, seperti Intel Core i7-8700T.

Menurut laporan-laporan lain, CPU Coffee Lake-S ini masih lagi menggunakan papan induk dengan cipset Z390, jadi mereka yang sudahpun menggunakan CPU Coffee Lake dengan papan induk ini boleh menaiktaraf CPU mereka ke Coffee Lake-S tanpa masalah.

Butiran penuh CPU-CPU ini adalah seperti yang dibawah:

  • Core i5-8400T (1.7GHz, 6C, L3:9M, 35W, rev.U0)
  • Core i5-8500T (2.1GHz, 6C, L3:9M, 35W, rev.U0)
  • Core i5-8600 (3.1GHz, 6C, L3:9M, 65W, rev.U0)
  • Core i3-8100 (3.6G,65W,L3:6M,4C)
  • Core i3-8100(3.6G,65W,L3:6M,4C,rev.U0)
  • Core i3-8100T(3.1G,35W,L3:6M,4C,rev.B0)
  • Core i3-8300(3.7G,62W,L3:8M,4C,rev.B0)
  • Core i3-8300T(3.2G,35W,L3:8M,4C,rev.B0)
  • Core i3-8350K (4.0G,91W,L3:8M,4C)
  • Core i5-8400 (2.8GHz, 65W, L3:9M, 6C)
  • Core i5-8500 (3.0GHz, 6C, L3:9M, 65W, rev.U0)
  • Core i5-8600K (3.6GHz, 95W, L3:9M, 6C)
  • Core i5-8600T (2.3GHz, 6C, L3:9M, 35W, rev.U0)
  • Core i7-8700 (3.2GHz, 6C, 65W, L3:12M,HT)
  • Core i7-8700K (3.7GHz, 6C, 95W, L3:12M,HT)
  • Core i7-8700T(2.4G,35W,L3:12M,6C,rev.U0)
  • Pentium G4900 (3.1GHz, 2C, L3:2M, 54W, rev.B0)
  • Pentium G4900T (2.9GHz, 2C, L3:2M, 35W, rev.B0)
  • Pentium G4920 (3.2GHz, 2C, L3:2M, 54W, rev.B0)
  • Pentium G5400 (3.7GHz, 2C, L3:4M, 54W, rev.B0)
  • Pentium G5400 (3.7GHz, 2C, L3:4M, 58W, rev.U0)
  • Pentium G5400T (3.1GHz, 2C, L3:4M, 35W, rev.B0)
  • Pentium G5400T (3.1GHz, 2C, L3:4M, 35W, rev.U0)
  • Pentium G5500 (3.8GHz, 2C, L3:4M, 54W, rev.B0)
  • Pentium G5500T (3.2GHz, 2C, L3:4M, 35W, rev.B0)
  • Pentium G5600 (3.9GHz, 2C, L3:4M, 54W, rev.B0)

TIPS & ULASAN