Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, kami melaporkan Fitbit akan mula menjual Fitbit Versa di Malaysia pada harga RM990. Fitbit Versa juga merupakan jam tangan pintar Fitbit pertama yang menggunakan sistem operasi Fitbit OS 2.0. Fitbit OS 2.0 membawa ciri baru seperti Fitbit Today iaitu papan-pemuka (dashboard) dengan informasi kesihatan pengguna yang lebih lancar.

Fitbit Ionic

Sistem operasi baru ini mula hadir pada Fitbit Ionic. Beberapa senarai peruahan Fitbit OS 2.0 adalah seperti berikut:

  1. Menatal muka jam ke atas akan mengakses Fitbit Today.
  2. Menatal muka jam ke bawah akan memaparkan notifikasi.
  3. Menekan butang back beberapa saat akan memaparkan kawalan musik, FitbitPay dan laman pintasan.
  4. Senarai aplikasi kini lebih terurus.

Menurut Android Authority, Fitbit OS 2.0 pada Fitbit Ionic menjadikan jam tangan pintar tersebut terasa lebih lancar dan kesan lengah masa sebelum ini sudah diperbaiki.

Namun begitu, kemaskini ini hanya diberi pada 10% pengguna Fitbit Ionic sahaja. Pengguna lain akan dapat menikmati Fitbit OS 2.0 ini dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd