Xperia XZ2 Dan Xperia XZ2 Compact Bakal Dilancarkan Di Malaysia Minggu Hadapan

Xperia XZ2 Dan Xperia XZ2 Compact Bakal Dilancarkan Di Malaysia Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Sony pada acara Mobile World Congress 2018 lepas telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact. Lanjutan daripadanya, kini Sony Malaysia telah mula menghantar jemputan untuk pelancaran telefon pintar berkenaan di Malaysia pada minggu hadapan.

Sony Xperia XZ2 hadir dengan skrin 5.7-inci IPS LCD FHD+, dijana menggunakan cip Snapdragon 845, dan bateri berkapasiti 3180mAh. Xperia XZ2 Compact pula hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan IPS LCD FHD+, serta bateri berkapasiti 2870mAh.

Kedua-duanya hadir dengan rekaan permukaan belakang yang melengkung, dan menyokong sistem pengecasan tanpa-wayar. Posisi pengimbas cap jari juga dipindahkan daripada bahagian tepi, ke bahagian belakang.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga penawaran dan tarikh ia akan mula dijual pada minggu hadapan, 22 Mac kelak.


TIPS & ULASAN