Cari @ Amanz

Kami yakin ramai di kalangan pembaca Amanz tergolong di dalam kumpulan pengguna internet tegar. Hampir sepanjang hari perkhidmatan internet diperlukan untuk melakukan kerja, menonton video atau menghantar mesej. Di Indonesia perkhidmatan internet akan dimatikan selama 24 jam bagi menghormati Hari Nyepi.

Hari Nyepi yang jatuh pada hari esok ialah upacara tahunan yang disambut oleh penganut agama Hindu di Bali. Penganut Hindu akan melakukan ibadah puasa, meditasi dan mendiamkan diri ketika Nyepi. Nyalaan api dan memandu kenderaan adalah tidak dibenarkan sebagai tanda hormat. Malahan lapangan terbang juga tidak beroperasi pada hari tersebut.

Tahun ini perkhidmatan internet selular akan dimatikan untuk julung kalinya. Perkhidmatan WiFi internet di hotel dan perkhidmatan kecemasan akan dibenarkan begitu juga dengan perkhidmatan panggilan telefon serta SMS. Sambungan internet selular akan diaktifkan semula pada jam 6 pagi 18 Mac. Selama manakah anda boleh bertahan tanpa internet?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd