Cari @ Amanz

Google Lens diaktifkan pada kesemua peranti Android pada 7 Mac yang lalu. Menerusi aplikasi ini gambar di dalam Google Photos boleh dianalisa bagi memberikan maklumat yang dirasakan relevan kepada pengguna. Gambar kad perniagaan boleh diimbas oleh Lens untuk mengekstrak maklumat nombor telefon dan alamat dengan pantas tanpa perlu menaip.

Bagi pengguna iOS, Google Lens baru sahaja diaktifkan pada peranti yang memuat turun aplikasi Google Photos. Terdapat ikon berbentuk kamera pada bahagian bawah skrin. Apabila ditekan Lens akan diaktifkan dan secara automatik melakukan carian berdasarkan gambar yang terpapar. Google Photos perlu dikemaskini ke versi terkini untuk mengakses fungsi Lens.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd