Cari @ Amanz

Pelayar Web Microsoft Edge untuk iPhone telah mula ditawarkan sejak penghujung tahun lepas. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft turut mengoptimasikan pelayar web berkenaan untuk pengguna skrin tablet, sekaligus telah memulakan ujian beta untuk Microsoft Edge pada iPad.

Buat masa ini, ia seperti aplikasi iPad lain, menawarkan paparan saiz besar, dan dioptimasikan untuk tablet. Buat masa ini, ia masih tidak menyokong ciri Split-Screen pada iOS.

Bagi anda yang mendaftar untuk menguji Microsoft Edge pada iOS, anda boleh memuat-turunnya melalui TestFlight hari ini. Microsoft dijangka melancarkannya untuk semua pengguna dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd