Samsung Galaxy Note 8 Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Samsung Galaxy Note 8 Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Pada awal bulan yang lalu, penggunaan Android Oreo masih lagi ditahap menyedihkan di bawah 2%. Bulan ini semakin ramai pengeluar mula mengeluarkan peranti dengan Android Oreo dan juga kemaskini dari Android Nougat. Hari ini tiba giliran pengguna Samsung Galaxy Note 8 untuk menerima kemaskini Android Oreo.

Menurut laporan Sammobile, pengguna phablet ini di Perancis telah menerima kemaskini ke Oreo bersama dengan tampalan sekuriti untuk bulan Mac. Ini menjadikannya peranti Samsung kelima selepas Galaxy S9, S9+. S8 dan S8+ yang menggunakan Android Oreo. Kemaskini Samsung diberikan mengikut pasaran dan peranti di Malaysia akan menerima kemaskini sekitar dua minggu selepas ia diberikan di Eropah.


TIPS & ULASAN