Cari @ Amanz

Facebook akan mengadakan acara F8 yang ditujukan kepada para pembangun pada 1 Mei kelak, dan menariknya, pada acara berkenaan, Facebook turut dijangka akan memperkenalkan set realiti-maya yang beroperasi kendiri, iaitu Oculus Go.

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan Oculus Go ini pada Oktober lepas, namun info penuh mengenainya tidak dikongsikan ketika itu. Oculus Go dijangka menawarkan pengalaman dan perisian yang sama seperti terdapat pada Gear VR. Peranti ini akan dihasilkan oleh Xiaomi, dan dijana cip Qualcomm.

Oculus Go

Menggunakannya, pengguna boleh menikmati kandungan video realiti-maya, video 360-darjah, dan sebagainya dengan mudah. Apa yang membezakannya berbanding dengan Gear VR adalah dimana panel paparan, bateri dan sebagainya hadir terbina – sekaligus memudahkan anda menikmati kandungan realiti-maya tanpa perlu menghubungkan telefon pintar anda.

Sekiranya desas-desus baru ini adalah tepat, maka kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran Facebook dalam arena realiti-maya pada bulan Mei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd