CIMBClicks merupakan salah satu laman perbankan popular di Malaysia, dan digunakan ramai untuk urusan pemindahan wang, pembayaran bil, tambah-nilai prabayar, dan sebagainya. Hari ini, setelah sekian lama menggunakan antaramuka lama, pihak CIMB mengambil keputusan untuk hadir dengan antaramuka serba baru untuk perkhidmatan perbankan atas-talian berkenaan.
Melalui antaramuka baru ini, ia memudahkan lagi anda melihat pelbagai maklumat berkaitan dengan akaun anda – termasuk transaksi yang dijadualkan dan sebagainya.
CIMB Clicks juga kini membahagikan navigasi untuk paparan yang lebih mudah berbanding sebelum ini – dan rekaannya dilihat direka dengan pengalaman yang baik untuk pengguna peranti mudah-alih terlebih dahulu berbanding sebelum ini yang lebih dioptimasikan untuk desktop.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba CIMB Clicks baru ini hari ini.
Layari : CIMB Clicks