Sony Xperia XA1, XA1 Plus Dan XA1 Ultra Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Sony Xperia XA1, XA1 Plus Dan XA1 Ultra Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Diterbitkan pada Mac 17, 2018 oleh .

Bulan Mac sudah semakin hampir ke penghujung dan sejak tiga hari kebelakangan ini ada sahaja peranti yang mula menerima kemaskini ke Android Oreo. Semalam Samsung Galaxy Note 8, Huawei P10 dan P10 Plus menerima Oreo, hari ini tiba giliran tiga peranti di dalam keluarga Xperia XA1 Pula.

Kemaskini Oreo untuk Sony Xperia XA1 XA1 Plus dan XA1 Ultra mula diterima pengguna di Mesir dan Colombia. Saiz muat turun adalah sekitar 890 MB. Kami difahamkan hanya peranti versi dwi-SIM menerimanya buat masa ini. Bagaimana pula dengan peranti di Malaysia? Ada pembaca Amanz yang sudah menerimanya hari ini?


TIPS & ULASAN