Spesifikasi Penuh Huawei P20 Lite Kini Diketahui

Spesifikasi Penuh Huawei P20 Lite Kini Diketahui

Diterbitkan pada Mac 17, 2018 oleh .

Tinggal sepuluh hari sahaja lagi sebelum Huawei P20 dilancarkan secara rasmi. Di Jerman, risalah jualan untuk Huawei P20 Lite nampaknya telah tertiris lebih awal. Kini spesifikasi penuhnya diketahui. Huawei P20 Lite dilengkapi skrin 5.85 inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 659, memori 4GB RAM dan storan 64GB.

Kamera utama menggabungkan sensor 16+2 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Tiada maklumat mengenai saiz bukaan lensa buat mas ini. Bateri pula sebesar 3000 mah dengan sokongan pengecasan pantas Huawei Charge 2.0 melalui port USB-C. Peranti akan menggunakan Android Oreo dengan pelancara EMUI 8.


TIPS & ULASAN