PlayStation 4 Dan PSVR Ditawarkan Percuma Dengan Setiap Pra-Tempahan Sony Xperia XZ2 Di UK

PlayStation 4 Dan PSVR Ditawarkan Percuma Dengan Setiap Pra-Tempahan Sony Xperia XZ2 Di UK

Diterbitkan pada Mac 17, 2018 oleh .

Aksesori percuma dengan setiap pra-tempahan peranti ialah amalan yang cukup biasa dilihat. Antara produk yang kerap diberikan ialah pengecas tanpa wayar, peranti realiti maya dan pengecas pantas. Di United Kingdom, syarikat Carphone Warehouse dan Three menawarkan konsol PlayStation 4 atau PSVR percuma dengan setiap pra-tempahan Sony Xperia XZ2.

Selain konsol atau peranti realiti maya, langganan PlayStation Plus selama setahun turut diberikan percuma. Ini adalah antara tawaran pra-tempah yang paling menarik pernah kami lihat setakat ini. Sony Xperia XZ2 menyokong fungsi Remote Play yang membolehkan kandungan PS4 dimainkan terus dari skrin peranti.

Sumber Carphone Warehouse menerusi GSMArena


TIPS & ULASAN