Xiaomi Melancarkan Tempat Duduk Tandas Pintar Dengan Bidet Dan Pemanas Punggung Terbina

Xiaomi Melancarkan Tempat Duduk Tandas Pintar Dengan Bidet Dan Pemanas Punggung Terbina

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Tandas yang boleh dipam dipatenkan pada tahun 1596 oleh Joseph Bramah. Tetapi penggunanya hanya mula opular pada kurun kep-19 ketika zaman Evolusi Industri. walaupun sudah berusia ratusan tahun, rekaan asas sebuah tandas tidak banyak berubah. Memandangkan kita kini di kurun ke-21, tidak mengejutkan apabila Xiaomi telah melancarkan kerusi tandas pintar mereka.

Xiaomi Smartmi Small Smart Toilet Seat dilengkapi sistem bidet terbina yang membasuh kemaluan pasca mengqada hajat. Air yang disiram dipanaskan dan juga ditapis sebelum digunakan untuk pembersihan. Kepala penyiram juga dilengkapi sistem lampu ultra ungu bagi membasmi bakteria.

Pemanas punggung terbina disertakan dan ia boleh mengingati tetapan beberapa individu berbeza. Kerana ia disambung kepada internet, ia boleh mengesan individu berbeza berdasarkan peranti Xiaomi yang dipegang atau Mi Band yang dipakai. Penutup tanda dilengkapi lampu bagi memudahkan ia dilihat pada waktu malam serta mempunyai penyerap yang memastikan ia tidak terhempas ke permukaan porselin tandas.

Seperkara lagi terdapat sistem pemasa yang hanya membenarkan pengguna duduk selama 30 minit di atasnya sebelum ia bergetar. Ini bagi mengelakkan pengguna terlalu khayal menggunakan peranti ketika mengaqada hajat sehingga terlupa masa. Di China, Xiaomi Smartmi Small Smart Toilet Seat dijual pada harga $999 (~RM 614) sebuah.


TIPS & ULASAN