Windows 10 Akan Menyokong Format Gambar HEIF Secara Natif

Windows 10 Akan Menyokong Format Gambar HEIF Secara Natif

Diterbitkan pada Mac 17, 2018 oleh .

Tahun lalu kami mengulas sebuah iPhone X dan menyedari satu masalah apabila gambar dari telefon dimuat turun ke komputer Windows di pejabat. Kesemua gambar yang diambil adalah di dalam format HEIF (High Efficiency Image File Format) yang menggantikan format JPEG sebagai format pilihan sejak pengenalan iOS 11.

Program khas seperti CopyTrans HEIC terpaksa kami muat turun bagi mengubah fail HEIF kepada JPEG kerana Windows 10 tidak menyokong paparan format baru ini. Windows 10 Insider Preview Build 17123 baru sahaja diberikan semalam dan ia membawakan sokongan HEIF secara natif. Buat masa ini Build 17123 akan hanya menyokong paparan gambar sahaja. Pengguna masih belum boleh menyuntingnya.

Bagi pengguna Windows 10, sokongan HEIF ini dijangka akan diberikan bersama dengan kemasksini Redstone 4 Spring Creators Update pada bulan April ini. Sokongan HEIF ini hadir pada waktu yang tepat kerana ia sudahpun disokong pada iOS 11, macOS High Sierra dan Android P.


TIPS & ULASAN