Cari @ Amanz

Steve Jobs KerjaSteve Jobs merupakan salah seorang pengasas syarikat perkomputeran terkemuka Apple yang mempunyai peminat beliau tersendiri diseluruh dunia. Terkini, sebuah permohonan kerja oleh Steve Jobs pada tahun 1973 telah dilelong, dan ia dilihat mencapai bidaan kemenangan bernilai melangkaui $174,000 (~RM680,000).

Permohonan kerja berkenaan adalah ditulis tangan oleh Steve Jobs, dan menariknya beliau turut menyenaraikan beberapa kelebihan beliau termasuk berkaitan teknologi elektronik, arena digital, dan juga merupakan jurutera rekabentuk.

Permohonan kerja ini adalah pada sekitar 1973, dan beberapa tahun selepasnya, Steve Jobs dan Steve Wozniak telah memulakan Apple pada 1976.

Lelongan ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Sebelum ini, komputer Apple 1 turut telah dilelong pada harga jutaan ringgit, selain kasut berjenama Apple, dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd