Hanya Razer Phone Menyokong Quick Charge 4.0 Buat Masa Ini

Hanya Razer Phone Menyokong Quick Charge 4.0 Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Mac 18, 2018 oleh .

Qualcomm kini telah mengemaskini laman web mereka, dan menyertakan senarai peranti-peranti yang menyokong pengecasan pantas, Quick Charge 4.0.

Quick Charge 4.0 telah diperkenalkan lebih setahun lepas, dimana ia hadir dengan sokongan USB-C, serta lebih 20% pantas berbanding dengan Quick Charge 3.0. Walaupun telah lebih setahun diperkenalkan, namun peranti yang menyokongnya masih terhad buat masa ini.

Daripada senarai yang dikeluarkan oleh Qualcomm, hanya Razer Phone sahaja yang menyokong Quick Charge 4.0 buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti lain akan turut menyokong sokongan pengecasan pantas Qualcomm yang terbaru ini.

Mungkinkah kita akan melihat lebih ramai pengeluar mengintegrasikan sokongan Quick Charge 4.0 dalam tahun ini?


TIPS & ULASAN