Cari @ Amanz

Kriptowang telah menjadi salah satu topik perbualan hangat sejak daripada tahun lepas – sekaligus membuatkan beberapa pihak hadir dengan penipuan dan sebagainya dalam arena berkenaan. Disebabkan oleh kaedah pelaburan yang tidak menentu dan berisiko tinggi, beberapa platform telah mengambil keputusan untuk menghalang pengiklanan kriptowang pada platform mereka.

Selepas Facebook dan Google mengumumkan secara rasmi tidak akan menyokong lagi pengiklanan kriptowang – kini laporan awal hadir mengatakan Twitter turut akan melakukan perkasa sama.

Twitter dijangka mengumumkan polisi pengiklanan baru dalam tempoh dua minggu akan datang, sekaligus menghalang pengiklanan kriptowang, ICO, dompet-kripto, dan sebagainya.

Sebelum ini, Facebook turut telah mengumumkan perubahan lebih kurang sama pada Januari lepas, selain Google pula telah mengatakan mereka akan mengimplementasinya bermula Jun 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd