Aplikasi Maybank Kini Dioptimasikan Untuk Paparan iPhone X

Aplikasi Maybank Kini Dioptimasikan Untuk Paparan iPhone X

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

iPhone X merupakan telefon pintar pertama daripada Apple yang hadir dengan rekaan takuk – sekaligus memerlukan sedikit pengoptimasikan oleh para pembangun aplikasi supaya paparan aplikasi hadir kemas pada telefon pintar berkenaan.

Selepas beberapa pembangun aplikasi mengoptimasikan paparan aplikasi untuk iPhone X, kini penyedia perkhidmatan perbankan tempatan, Maybank turut melakukan perkara sama.

Kini, selain menggunakan ciri-ciri seperti imbasan wajah, jari atau suara, pengguna iPhone X kini turut boleh menikmati aplikasi perbankan yang lebih dioptimasikan untuk telefon pintar terbaru berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan iPhone X, boleh mengemaskini aplikasi Maybank anda hari ini, dan menikmati pengoptimasian baru yang dibawakan ini.

Muat-Turun Maybank di AppStore


TIPS & ULASAN