Aplikasi Suntingan Video Samsung Movie Maker Tidak Akan Disokong Selepas Kemaskini Android P

Aplikasi Suntingan Video Samsung Movie Maker Tidak Akan Disokong Selepas Kemaskini Android P

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Kebiasaannya selepas pengguna mengambil video melalui telefon pintar mereka pasti akan melakukan sedikit suntingan. Di dalam peranti-peranti Samsung terdapat satu aplikasi suntingan video yang terbina. Ia tersembunyi di dalam aplikasi Gallery. Ia hanya akan muncul jika pengguna memilih video, jika tidak aplikasi ini tidak akan dipaparkan.

Namun begitu, aplikasi suntingan video Samsung ini akan tamat selepas kemaskini Android P. Kemaskini terkini Samsung Movie Maker versi 2.3.03.10 memaparkan satu pop-up menyatakan, Movie Maker tidak lagi hadir pada kemaskini Android P dan pengguna harus menyimpan semua projek ke format video sebelum membuat kemaskini.

Pengguna-pengguna Samsung tidak perlu risau, kerana Android P masih lagi dalam versi pembangunan yang terawal. Peranti terkini Samsung seperti Galaxy Note 8 pula, baru sahaja menerima kemaskini Android Oreo.


TIPS & ULASAN