Cari @ Amanz

Terdapat sejumlah jam tangan pintar yang menyasarkan mereka yang aktif bersenam, dan pada masa yang sama turut menawarkan integrasi pemain muzik. Garmin turut tidak ketinggalan dalam penawaran lebih kurang sama, dan salah satu jam tangan pintar baru yang telah dilancarkan awal tahun ini adalah Garmin Forerunner 645 Music.

Garmin Forerunner® 645 Music

Kini, jam tangan pintar berkenaan turut telah hadir ke pasaran tempatan. Garmin Forerunner 645 Music ini hadir dengan rekaan skrin bulat, serta dikatakan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 7 hari lamanya dalam mod jam tangan pintar. Ia hanya menawarkan masa penggunaan selama 5 jam apabila GPS diaktifkan.

Pengguna turut boleh menyimpan sehingga 500 lagu terus padanya, atau turut menggunakan perkhidmatan penstriman muzik untuk penstriman luar-talian. Beberapa ciri kecergasan tambahan turut disertakan – termasuk untuk menilai status kecergasan dan latihan anda melalui sensor denyutan nadi terbina.

Selain ciri kecergasan dan muzik, ia turut hadir dengan sokongan pembayaran secara terbina melalui Garmin Pay.

Garmin Forerunner 645 Music ini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd