Kemaskini Android Oreo 8.1 Untuk Pixel XL Mengakibatkan Masalah Pengecasan Arus Berlebihan

Kemaskini Android Oreo 8.1 Untuk Pixel XL Mengakibatkan Masalah Pengecasan Arus Berlebihan

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Sejak peranti Nexus diperkenalkan, Google sering memberi kemaskini yang baik dari segi sistem, tambahan ciri ataupun tampalan sekuriti. Jika ada isu pada bahagian-bahagian tertentu Pixel, Google yakin boleh membaikinya dengan hanya memberi kemaskini melalui OTA.

Walaubagaimanapun, kemaskini Android Oreo 8.1 pada Pixel XL mempunyai pepijat yang menyebabkan peranti dicaj pada arus yang terlampau tinggi. Ia berbahaya kerana kadar arus pengecasan ini mencecah 40% lebih tinggi daripada yang biasa.

Pengecas asli Pixel XL hanya mampu mengecas pada kadar 18W (9V/2A) tetapi pepijat ini membuatkan peranti ini dicaj pada kadar 25W (9V/2.8A). Perkara ini adalah sangat berbahaya dan boleh merosakkan peranti. Ia hanya disedari apabila notifikasi “Charging Rapidly” berkelip tanpa henti, yang menunjukkan terdapat masalah ketika proses pengecasan.

Berita baik di-sini ialah pengecas asli Pixel XL mempunyai kemampuan mematikan proses pengecasan jika arus yang berlebihan dikesan. Oleh itu kebarangkalian peranti akan rosak adalah rendah jika menggunakan pengecas asli. Pepijat ini hadir sejak kemaskini Januari 2018 dan sehingga kini masih lagi belum diselesaikan.


Fungsi Memadam Data Dan Lokasi Peribadi Google Secara Automatik Kini Boleh Digunakan

Anda menggunakan perkhidmatan Google secara “percuma” tetapi anda sebenarnya membayar dengan data peribadi yang digunakan untuk paparan iklan serta promosi yang berkaitan. Pengguna moden lebih cakna mengenai bagaimana data peribadi digunakan dan mungkin tidak mahu ia digunakan bagi tujuan pengiklanan. Mei lalu Google membenarkan pengguna memadam data peribadi secara manual. Hari ini sistem memadam secara […]


Penjual Tempatan Menawarkan Pulangan Wang 100% Sekiranya Play Store Berhenti Beroperasi Pada Peranti Huawei

Sejak sebulan kebelakangan ini, salah satu perkara yang menimbulkan kerisauan pengguna adalah berkaitan dengan sokongan Google Play pada peranti keluaran Huawei. Bercakap mengenainya, pihak Google dan juga Huawei telah pun mengatakan yang mana Play Store akan terus beroperasi tanpa masalah pada peranti-peranti sedia ada. Kini, selari dengannya, salah satu penjual tempatan, iaitu DirectD turut meyakinkan […]


Google Menghentikan Pengeluaran Tablet Untuk Menumpukan Perhatian Kepada Komputer Riba

Komputer tablet Google Pixe Slate dilancarkan tahun lalu tetapi kurang mendapat sambutan. Adalah agak sukar melihat ia digunakan di dunia sebenar berbanding telefon pintar Pixel keluaran mereka. Menurut laporan Computer World, Google kini secara rasmi tidak lagi akan mengeluarkan komputer tablet bagi menumpukan perhatian kepada komputer riba. Kakitangan Google menerima arahan menghentikan pembangunan dua komputer […]


YouTube Menguji Fungsi AR Beauty Try-On Yang Membolehkan Alat Solek Dicuba Menggunakan Realiti Terimbuh

Pada penghujung Mei lalu kami melaporkan YouTube bakal memperkenalkan sistem menguji alat solek secara realiti terimbuh. Kini YouTube mengesahkan mereka menguji fungsi yang diberi nama AR Beauty Try-On kepada sebilangan kecil pengguna. Menerusi AR Beauty Try-On, penonton video tutorial solekan boleh mencuba terus produk yang dipaparkan dalam video pada wajah sendiri. Dengan kata lain gincu […]


Google Hadir Dengam Pemalam Chrome ‘Suspicious Site Reporter’ Untuk Keselamatan Tambahan

Google Chrome adalah laman web yang popular. Ia digunakan oleh ramai orang dan mempunyai ciri dan fungsi yang banyak yang berguna. Namun Google Chrome bukan seperti Firefox yang memfokuskan sekuriti. Jika kita lihat kemaskini-kemaskini dan segala ciri/fungsi yang Firefox berikan, kebanyakannya adalah berkait dengan hal-hal sekuriti dan privasi. Untuk itu, Google telah melancarkan pemalam ‘Suspicious […]


Google Calendar Mengalami Masalah Untuk Diakses

Sejumlah perkhidmatan atas-talian sering memainkan peranan utama dalam kehidupan seharian pengguna. Salah satu daripadanya adalah perkhidmatan kalendar dan pengurusan temujanji harian, Google Calendar. Apa pun, bagi anda yang aktif menggunakannya, kini perkhidmatan berkenaan dilihat mengalami sedikit gangguan, dan tidak boleh diakses untuk sementara. Pihak Google menyatakan mereka sedang menyemak perkara ini, dan menyiasat pelbagai laporan […]


Google Dituduh Mencuri Paparan Lirik Dari Genius

Google mula memperlihatkan lirik lagu terus pada hasil carian sejak 2016. Dengan fungsi ini pengguna tidak perlu pergi ke laman sekunder untuk mengetahui lirik sebenar lagu yang didengari oleh mereka. Tetapi kini mereka telah dituduh mencuri paparan lirik mereka dari laman Genius.com. Menurut laporan Wall Street Journal, Genius melakukan tuduhan ini selepas melihat penggunaan koma […]


Google Kini Memaparkan Bahagian Video YouTube Yang Relevan Untuk Carian Yang Dilakukan

Hanya dua minggu yang lalu saya melakukan carian bagaimana ingin membaiki peti sejuk yang tidak menyejukkan bahagian bawah. Ini berlaku kerana terdapat halangan pada bahagian pembeku. Masalah diselesaikan dengan menonton tutorial YouTube sahaja. Tetapi video sepanjang lapan minit perlu ditonton sedangkan maklumat yang relevan terletak di bahagian tengah. Google hari ini mula memaparkan bahagian video […]


Aplikasi Wear OS Hadir Dengan Fungsi Mengurus ‘Tiles’

Awal bulan Mei lepas, Google telah mengemaskini Wear OS dengan sokongan ‘Tiles’, yang mana adalah widget untuk akses pelbagai aplikasi dan informasi. Dalam kemaskini ini, Google membawakan Tiles Goals (untuk Google Fit), acara seterusnya, Forecast (cuaca), Heart rate, Headlines, dan Timer. Terkini, Google telah mengemaskini pula aplikasi Wear OS untuk memudahkan pengguna menguruskan Tiles ini melalui […]


Qualcomm: Jam Tangan Wear OS Dengan Mod Sukan Tetap Akan Hadir, Tetapi Tidak Akan Disokong Google

Pada bulan September lepas, Qualcom telah mengumumkan Snapdragon Wear 3100. Ia adalah cip pemproses untuk jam tangan pintar yang lebih berkuasa dan sepatutnya mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik. Namun sehingga hari ini, tidak banyak pengeluar yang menggunakan cip ini. Yang berada di pasaran sekarang adalah Montblanc Summit 2 dan juga Fossil Sport. Snapdragon Wear […]


Google Memindahkan Pengilangan Produk Nest Mereka Ke Malaysia

Perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat mengakibatkan produk yang dihasilkan di China dikenakan tarif sehingga 25%.  Kini mengikut laporan Bloomberg, Google telah memindahkan pengilangan termostat pintar Nest mereka ke Malaysia dan Taiwan. Dengan pemindahan ini, Google dapat mengelak dari membayar kadar tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk China yang diimport masuk ke […]


Pixel 4 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Sistem ‘True Tone’ Seakan Apple Dan Kawalan Gestur Atas Udara

Seperti biasa, jika Apple hadir dengan satu fungsi berguna – Android juga akan mengikut jejak langkah Apple. Begitu juga dengan Apple yang paling banyak kali ‘meniru’ ciri dan fungsi Android. Contoh terbaru adalah fungsi ‘True Tone‘ pada Apple, fungsi seperti ini turut terbina dalam peranti OnePlus – ‘Night Mode‘. Fungsi ini akan menjadikan skrin peranti […]


Google Stadia Tidak Akan Menyokong Android TV Buat Masa Ini

Beberapa hari yang lepas, Google telah kongsikan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan penstriman permainan video mereka, Stadia. Stadia mempunyai beberapa pakej langganan seperti Stadia Pro yang perlu dilanggan pada harga $9.99 sebulan, Stadia Base yang percuma dan juga Stadia Founder’s Edition yang lebih premium. Perkhidmatan penstriman permainan video ini boleh distrim melalui komouter riba, Chromebook, peranti-peranti […]


Google Akan Mengehadkan Hasil Carian Teratas Yang Dipaparkan Daripada Sesuatu Laman

Google hari ini mengumumkan perancangan untuk mempelbagaikan hasil carian yang dipaparkan kepada pengguna, dan pada masa yang sama mengatakan tidak akan memperlihatkan hasil carian teratas daripada laman yang sama lebih daripada dua kali. Ini sekaligus akan menawarkan hasil carian yang pelbagai kepada pengguna, dan memudahkan lagi pengguna menemui sesuatu hasil carian dengan mudah. Pada hari […]


Google Dilaporkan Memberi Amaran Risiko Sekuriti Terhadap Amerika Syarikat Disebabkan Oleh Halangan Huawei

Google kini dilaporkan memberikan amaran kepada pihak Amerika Syarikat, yang mana halangan penawaran teknologi mereka kepada pihak Huawei mungkin membawa kepada pelbagai ancaman sekuriti. Google diperkatakan risau yang mana mereka tidak boleh menawarkan kemaskini kepada peranti-peranti Huawei yang membawa kepada ancaman sekuriti, selain mana pembangunan variasi sistem operasi berasaskan Android tersendiri daripada Huawei mungkin membuatkan […]



TIPS & ULASAN