ASRock Hadir Dengan Video Acah Untuk Siri Kad Grafik “Phantom Gaming” Terbaru Mereka

ASRock Hadir Dengan Video Acah Untuk Siri Kad Grafik “Phantom Gaming” Terbaru Mereka

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

ASRock ialah sebuah jenama pembuat perkakasan komputer yang cukup terkenal, terutama sekali untuk papan-papan induk mereka. Terkini, mereka dilihat bakal memasuki pasaran kad grafik pula yang boleh dilihat melalui video acah mereka yang terbaru.

Melalui video acah ini, siri kad grafik ASRock ini dinamakan ASRock Phantom Gaming, dan walaupun tidak banyak butiran yang hadir mengenainya, laporan-laporan daripada laman web seperti DigiTimes, WCCF Tech dan sebagainya menyatakan bahawa terdapat kebarangkalian besar bahawa ia berdasarkan siri kad grafik AMD RX Radeon.

Video acah tersebut juga menunjukkan sedikit rekaan kad grafik ini, yang hadir dengan rekaan warna hitam dan putih, penggunaan dua slot pengembangan dan menggunakan dua bilah kipas dan satu sahaja palam kuasa PCIe.

ASRock juga masih belum mengumumkan lagi tarikh pelancaran kad grafik ini, jadi bagi mereka yang berminat inginkan kad grafik dengan rekaan warna monochrome, mungkin anda boleh menunggu kehadiran kad grafik ini sebelum membuat sebarang keputusan untuk membina komputer baru.


TIPS & ULASAN