Penggunaan Internet, Komputer Dan Telefon Pintar Meningkat Pada Tahun 2017 Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia

Penggunaan Internet, Komputer Dan Telefon Pintar Meningkat Pada Tahun 2017 Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Kerajaan amat serius dalam memberikan akses internet kepada semua rakyat Malaysia. Terdapat banyak inisiatif diumumkan seperti RM 1.2 bilion untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar dari 5Mbps ke 20Mbps
pada Belanjawan 2016. Hari ini Jabatan Perangkaan Malaysia berkongsi laporan kaji selidik penggunaan dan akses ICT isi rumah Malaysia untuk tahun 2017.

Penggunaan internet isi rumah meningkat ke 80.1% pada tahun 2017 daripada 71.1% pada tahun 2015. Pada waktu yang sama penggunaan komputer meningkat dari 69.8% tahun lalu dari 68.7% pada tahun 2015. Menarik sekali kadar peningkatan penggunaan telefon pintar adalah amat kecil iaitu 0.2%. Ia kini pada tahap 98.1% berbanding 97.9% pada tahun 2015.

Penggunaan telefon talian tetap adalah satu-satunya yang menunjukkan penurunan kerana menyusut ke 28.6% dari 28.8%. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana penggunaan telefon pintar jauh lebih mudah. Bilakah pula kali terakhir anda menggunakan sebuah telefon talian tetap?


TIPS & ULASAN