Alibaba Melabur Tambahan $2 Bilion Ke Lazada – Memilih CEO Baru

Alibaba Melabur Tambahan $2 Bilion Ke Lazada – Memilih CEO Baru

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Alibaba hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melabur tambahan $2 bilion ke dalam Lazada Group SA, sekaligus membolehkan Lazada terus bersaing dengan aktif dalam arena e-dagang di rantau Asia Tenggara.

Pelaburan baru ini adalah tambahan daripada pelaburan $1 bilion pada tahun lepas. Ketika pelaburan terakhir, Alibaba mendapatkan pegangan sebanyak 83% pada laman e-dagang Lazada. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pelaburan baru ini akan mengubah pegangan mereka pada Lazada.

Lazada

Dengan pengumuman pelaburan baru ini juga, Alibaba mengumumkan yang mana Lucy Peng akan menjadi CEO Lazada baru. Lucy Peng sebelum ini adalah CEO Ant Financial, iaitu bahagian kewangan digital milik Alibaba.

Selain pada Lazada, Alibaba turut mempunyai pelaburan pada Tokopedia, salah satu laman e-dagang popular di Indonesia.


TIPS & ULASAN