Google Play Protect Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Membasmi 60.3% Aplikasi Hasad

Google Play Protect Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Membasmi 60.3% Aplikasi Hasad

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Aplikasi hasad adalah aplikasi yang membawa padah pada peranti-peranti Android. Kemampuan aplikasi ini boleh mencuri data peribadi seperti kata laluan, mengurangkan prestasi peranti dan juga mencuri data perbankan. Oleh itu, Google memperkenalkan Google Play Protects melalui Google Play Services 11.

Menurut Google, Google Play Protects berjaya mengesan 60.3% Potential Harmful Apps (PHAs) dengan menggunakan pembelajaran mesin. Google telah mengintegrasikan pembelajaran mesin ke pelbagai perkhidmatan mereka. Google turut menyatakan, teknik ini mampu mengesan 50 Bilion aplikasi sehari sambil mengesan keselamatan peranti. Google Play Protects bukan sahaja mengesan aplikasi yang dimuat turun dari Play Store tetapi juga semua aplikasi pihak ketiga yang terpasang.

39 Juta PHA telah disekat daripada dipasang pada peranti Android. Google Play Protects turut mengesan secara luar talian dan telah berjaya mengesan 10 Juta PHA daripada 35% aplikasi yang terpasang pada peranti di luar talian. Data daripada Google juga menunjukkan PHA daripada Play Store yang disekat pada tahun 2017 adalah 65% dan yang terpasang daripada sumber luar adalah 60%.

Perkhidmatan sekuriti ini sangat membantu kepada peranti-peranti Android. Google bukan sahaja fokus pada prestasi sistem operasi Android mereka tetapi juga sekuriti melalui kemaskini tampalan sekuriti yang diberikan setiap bulan.


TIPS & ULASAN