Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini sewaktu acara CES berlangsung, Jabra telahpun melancarkan Jabra Elite 65t dan juga Jabra Elite Active 65t. Kedua-dua fon telinga tanpa wayar ini turut menyokong pembantu maya Google Assistant dan juga Siri. Bermula 15 Mac sehingga 8 April, pengguna tempatan boleh melakukan pra-tempahan Jabra Elite 65t di 11Street pada harga RM 799.

Jabra Elite 65t hadir dengan bekas pengecasan khas yang disasarkan bagi pengguna yang inginkan kebebasan peranti fon telinga tanpa wayar. Ia mempunyai waktu bertahan sehingga 5 jam, dan bekas pengecasannya memberikan waktu operasi tambahan sehingga 10 jam. Dari segi rekaan, ia turut dilengkapi dengan ketahanan IP55 yang menjamin ketahanan percikan air, peluh, hujan dan juga debu.

Menerusi 11Street, anda boleh melakukan pra-tempahan Jabra Elite 65t menerusi kedai rasmi Jabra yang hadir dengan 2 tahun jaminan, serta pembeli akan menerima kupon RM 50. Ia dijual pada harga RM 799 dan pengguna juga boleh membayar peranti ini secara ansuran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd