Eliport – Sebuah Lagi Robot Penghantar Bungkusan Dibangunkan

Eliport – Sebuah Lagi Robot Penghantar Bungkusan Dibangunkan

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Penghantaran bungkusan di masa hadapan akan dilakukan oleh robot dan dron. Ujian sistem telah berjaya dilakukan di negara jiran Singapura pada Februari yang lalu. Pendek  kata di masa hadapan tugas penghantaran tidak lagi akan menggunakan pekerja manusia. Eliport ialah sebuah lagi robot penghantar bungkusan yang sedang dibangunkan.

Eliport dibangunkan oleh syarikat yang berpangkalan di Barcelona Sepanyol. Seperti robot swapandu yang sedang diuji di Jerman, Eliport menggunakan gabungan sistem GPS, LiDAR dan peta 3D untuk mengemudi ke destinasi. Apabila tiba ke alamat penghantaran, ia akan memasukkan bungkusan ke kotak khas dengan dermaga pemindahan terbina. Oleh itu penerima bungkusan tidak perlu berada di rumah untuk menerima barangan. Setiap robot berkuasa elektrik ini boleh bergerak sejauh 25 kilometer sebelum perlu dicas.

Eliport sedang mengumpul dana secara biayasama dengan sasaran menghasilkan prototaip menjelang Oktober. Ujian pula dijalankan pada tahun 2020 sebelum memulakan operasi pada tahun 2021.


TIPS & ULASAN