Vivo V9 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Mac 2018

Vivo V9 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Mac 2018

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Vivo Malaysia hari ini mengesahkan yang mana telefon pintar Vivo V9 bakal dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada minggu hadapan, 26 Mac 2018.

Vivo V9

Vivo V9 merupakan telefon pintar yang hadir dengan rekaan nirbingkai, dilengkapi skrin takuk dihadapan, serta dilengkapi dwi-kamera dibelakang.

Vivo V9 menggunakan skrin 6.3-inci, dijana menggunakan cip Snapdragon, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.

Ia menggunakan kamera belakang 16MP + 5MP dibelakang, sementara kamera hadapan 24-megapixel.

Kita akan mendengar lanjut mengenai harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual melalui acara rasmi yang dijadualkan oleh Vivo pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN