ASUS ROG Memperkenalkan ASUS ROG STRIX Fusion 300 Dan STRIX Fusion 500 – Fon Kepala Gaming Dengan Teknologi Audio 7.1

ASUS ROG Memperkenalkan ASUS ROG STRIX Fusion 300 Dan STRIX Fusion 500 – Fon Kepala Gaming Dengan Teknologi Audio 7.1

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Jika anda ingin membeli fon kepala untuk digunakan sebagai alat pendengaran untuk tujuan gaming, ASUS Malaysia baru sahaja memperkenalkan fon kepala gaming terbaru mereka, iaitu ASUS ROG STRIX Fusion 300 dan ASUS ROG STRIX Fusion 500, iaitu siri fon kepala yang hadir dengan sistem audio 7.1 yang membolehkan pengguna mendengar bunyi dari persekitaran dalam radius 360 darjah.

Fon kepala STRIX Fusion 300 ini, yang boleh digunakan oleh komputer Windows, Mac OS dan juga konsol permainan video hadir dengan ciri-ciri yang cukup menarik, termasuklah rekaan kedap udara, penggunaan driver audio 50mm oleh Essence yang dimuatkan dengan sistem audio 7.1 yang membolehkan pengguna mendengar bunyi persekitaran di dalam permainan.

Dalam pada itu, fon kepala STRIX Fusion 300 ini juga direka dengan menggunakan komponen yang ringan, dan apabila diguna bersama-sama dengan pad telinga ROG Hybrid, ia boleh digunakan selama beberapa jam tanpa perlu risau mengenai rasa berat dan kepenatan.

Untuk sambungan ke komputer dan juga ke konsol, fon kepala STRIX Fusion 300 ini hadir dengan kepala sambungan USB 2.0 dan juga sambungan audio 3.5mm untuk memudahkan pengguna menggunakannya tanpa perlu memasang sebarang perisian.

Jika anda benar-benar mementingkan kualiti audio, fon kepala ASUS ROG STRIX Fusion 500 adalah untuk anda. disamping penggunaan sistem audio 50mm dari Essence, ia juga dilengkapi dengan sistem Digital-to-Analog Converter (DAC) ESS Sabre 9601K yang dibina khusus oleh ESS terus kedalam fon kepala ini dan ia membantu memperbaiki lagi kualiti audio permainan, filem dan lagu anda.

Fon kepala STRIX Fusion 500 ini juga hadir dengan kawalan sesentuh yang memudahkan lagi pengguna untuk mengubah kekuatan bunyi. Ia juga hadir dengan sistem nyalaan RGB Aura Sync yang boleh diselaraskan dengan fon kepala STRIX Fusion 500 yang lain melalui aplikasi Aura Headset.

Kedua-dua fon kepala ASUS ROG STRIX Fusion 300 dan Fusion 500 ini akan memasuki pasaran tempatan. Menurut ASUS Malaysia, ASUS ROG STRIX Fusion 300 sudahpun hadir di pasaran Malaysia pada harga RM719, manakala fon kepala ASUS ROG STRIX Fusion 500 pula akan tiba pada bulan April 2018 kelak pada harga yang akan ditetapkan.


TIPS & ULASAN