Xiaomi Mi Mix 2 Dengan 6GB RAM Kini Dikurangkan Harga Menjadi RM1999

Xiaomi Mi Mix 2 Dengan 6GB RAM Kini Dikurangkan Harga Menjadi RM1999

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Xiaomi hari ini dilihat telah mengemaskini harga jualan untuk Mi Mix 2, selari dengan pengenalan Mi Mix 2S yang dijangka diperkenalkan pada minggu hadapan. Mi Mix 2 yang ditawarkan pada harga RM2199 sejak ditawarkan di Malaysia beberapa bulan lepas, kini telah dikurangkan harga dan dijual pada harga RM1999.

Xiaomi Mi Mix 2 merupakan telefon pintar yang memfokuskan kepada rekaan nirbingkai, hadir dengan skrin 5.99-inci dengan paparan resolusi 2160×1080 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, memori 6GB RAM, dan storan 64GB.

Ia turut menyertakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Pengguna turut boleh mengecas bateri 3400mAh pada telefon pintar ini dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Bagi anda yang mencari peranti nirbingkai, mungkin boleh menyemak penawaran Mi Mix 2 ini. Anda juga mungkin boleh nantikan sehingga 27 Mac untuk melihat terlebih dahulu pengenalan Mi Mix 2S sebelum membuat keputusan akhir anda.

Beli : Xiaomi Mi Mix 2


TIPS & ULASAN