Cari @ Amanz

Uber memulakan ujian kereta swapandu mereka dua tahun yang lalu dengan kerjasama Volvo. Hari ini program ujian telah dihentikan serta merta apabila salah sebuah kereta yang sedang diuji terlibat dengan sebuah kemalangan maut di Arizona Amerika Syarikat. Di dalam kejadian tersebut, seorang pejalan kaki wanita dilanggar kereta swapandu Uber ketika sedang melintas jalan.

Kejadian berlaku pada waktu malam bagi menguji sistem swapandu dalam situasi yang lebih mencabar. Seorang pemandu manusia dilaporkan berada di tempat duduk kenderaan ketika kejadian berlaku. Uber menghentikan kesemua program ujian swapandu mereka di Amerika Syarikat dan Kanada disebabkan oleh kejadian ini.

Ini adalah kejadian kedua melibatkan kereta swapandu Uber. Kejadian pertama berlaku pada Mac 2017 yang turut menyebabkan ujian digantung sementara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd